Sunday, September 19, 2021

Kerajaan alternatif seru perang lawan junta tentera Myanmar

Mesti baca

YANGON: Kerajaan alternatif Myanmar, Kerajaan Persatuan Nasional (NUG) menyeru perang melawan junta tentera yang menguasai Myanmar ketika ini.

NUG mengisytiharkan darurat menentang junta yang melakukan kudeta sebelum ini.

Memetik Reuters, Duwa Lashi La selaku Presiden NUG, melaungkan perang defensif dan menyeru pemberontakan melawan junta pimpinan Min Aung Hlaing.

Lashi La meminta penjawat yang dilantik junta harus meninggalkan posisi nasing-masing sehingga pemerintahan rakyat dikembalikan.

Lashi La turut mengajak pasukan keselamatan nasional bergabung bersama melindungi kehidupan dan harta benda rakyat.

Beliau turut meminta Asean dan PBB turut menyokong tindakan mereka.

Lashi La menuduh junta tentera menangkap 7,876 orang dan membunuh 1,046 jiwa sejak mengambil alih pemerintahan Myanmar sejak 1 Februari lepas.

Junta Myanmar belum mengeluarkan sebarang respons berkaitan deklarasi perang NUG itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru