KUCHING: Gara-gara gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) polis Sarawak mengeluarkan 30 kompaun semalam.
Jelas JPBNS dalam satu kenyataan, 12 notis di Kuching, 10 di Bintulu dan lapan di Sibu.
Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 10,542.
Dalam pada itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengeluarkan empat kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan atas kesalahan melanggar SOP ditetapkan.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan sebanyak 1,449,” kata JPBNS dalam kenyataan itu.