Sunday, September 19, 2021

Lelaki guna cadar larikan diri dari hotel kuarantin

Mesti baca

SYDNEY: Dalam insiden yang mengejutkan seorang lelaki tempatan yang diarah menjalani kuarantin kendiri di sebuah hotel bertindak melarikan diri.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilapor menggunakan kain cadar yang diikatnya dan keluar dari hotel tersebut melalui tingkap.

Dia dikatakan tiba di Perth melalui Brisbane, namun dia tidak memenuhi peraturan yang diperlukan untuk masuk ke negeri terbabit menyebabkan dia di arah keluar dari Australia barat dalam masa 24 jam.

Lelaki itu kemudian diarah menjalani kuarantin di sebuah hotel semalam.

Dia bagaimanapun bertindak melarikan diri dari hotel terbabit pada lewat malam lapor Arynews.

Secara Rawak

Artikel Terbaru