Tuesday, September 27, 2022

Kenderaaan putus dua, dua maut di Kuala Baram

Secara Rawak

MIRI: Dua orang maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terputus dua setelah melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Baram By Pass malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 10.05 malam.

Katanya, seramai 14 anggota Balai Bomba dan Penyelemat Lopeng bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, dua orang mangsa masih berada di dalam kenderaan tersebut.

“Setelah membuat pemeriksaan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan menyerah kepada petugas kesihatan untuk pengesahan status,” katanya dalam satu kenyataan.

PGO berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru