Thursday, December 9, 2021

Enam keluarga di Kampung Semera Lot dapat bantuan makanan asas

Secara Rawak

SADONG JAYA: Enam keluarga di Kampung Semera Lot yang sedang menjalani perintah kuarantin kendiri telah menerima bantuan makanan asas dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Bantuan makanan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Kampung Semera Lot, Mahdi Le pada Sabtu.

ADUN Sadong Jaya berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban para penduduk yang terlibat dengan arahan kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Para penerima juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada Aidel Lariwoo dan semua yang membantu dalam proses pengagihan sumbangan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru