Saturday, October 23, 2021

Empat kluster lagi serang Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Empat kluster Covid-19 baharu diisytiharkan di Sarawak semalam iaitu Kluster Simpang Bakun, Bintulu, Kluster Persiaran Silicon, Kuching, Kluster Pangkalan, Bau dan Kluster Annah Rais, Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Simpang Bakun di Bintulu merupakan kluster komuniti melibatkan penduduk serta penghuni di sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di simpang Bakun, Jalan Bintulu-Bakun.

“Seramai 133 orang telah disaring, dan 42 orang didapati positif termasuk kes indeks, 91 inividu masih menunggu keputusan manakala 11 kes baharu dilaporkan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

JPBN menambah, Kluster Persiaran Silicon di Kuching ialah kluster tempat kerja dan seramai 10 orang yang disaring didapati positif termasuk kes indeks.

“Kluster Pangkalan Bau juga kluster komuniti melibatkan penduduk dua buah kampung, dan seramai
53 orang disaring, 22 orang daripadanya didapati positif termasuk kes indeks, 26 individu didapati negatif manakala lima individu masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Annah Rais iaitu kluster komuniti, seramai 30 orang telah disaring dan 28 orang didapati positif termasuk kes indeks serta dua individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Bagaimanapun, JPBN mendedahkan lima kluster diisytiharkan tamat semalam iaitu Kluster Balai Ringin Melayu, Serian, Kluster Jalan Ding Lik Kwong Dua, Sibu, Kluster Jalan Stutong Baru, Kuching, Kluster Taman Yen-Yen, Kuching dan Kluster Kampung Jaya Bakti, Kuching setelah 28 hari tiada merekodkan kes positif baharu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru