Sunday, September 19, 2021

Budak 9 tahun selamatkan penghuni flat dari kebakaran

Mesti baca

WUXI: Seorang budak perempuan mendapat pujian orang ramai selepas berjaya menghalang kebakaran yang berlaku pada tengah malam.

Selain menyelamatkan seluruh penghuni bangunan kediamannya dari kecederaan dan kehilangan nyawa serta harta benda,budak kecil itu juga menyediakan tuala basah untuk mengelak mereka terhidu asap, lapor Global Times.

Budak yang baru berusia 9 tahun itu dikenali sebagai Li Haoran, terbangun pada 3 pagi dan tercium bau asap.

Ayahnya, Li Fuming, kemudian memeriksa seluruh bilik di pangsapurinya tetapi tidak menemui punca kebakaran.

Dia turun ke bawah dan menemui lokasi kebakaran itu.

Menurut Fuming, ketika hendak turun ke bawah Haoran memberinya sapu tangan basah untuk menutup hidung dan mulutnya.

Ketika mereka berdua mengetuk pintu semua penghuni pangsapuri itu, untuk membangunkan mereka Haoran memberi tuala basah dan menyuruh mereka menggunakannya untuk menutup mulut dan hidung masing-masing.

Menurut Haoran sepanjang kejadian itu dia berusaha memastikan semua orang berada dalam keadaan tenang seperti diajar gurunya apabila berhadapan dengan insiden kebakaran.

Secara Rawak

Artikel Terbaru