Sunday, September 19, 2021

Malaysia di tangga ke-23 dunia

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 221.07 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.57 juta manakala yang sembuh lebih 197 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi Ahad  menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  40.76 juta kes dengan  665,858 kematian, termasuk 576 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 32. 98 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.87 juta kes.

Dari segi kematian, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 440,567 kes termasuk 311 kematian terbaharu.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali, Indonesia, dan Jerman pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan 4,123, 617 juta kes jangkitan dan  135,469 kematian.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia 1, 824,439 juta kes  dan  17,883 kematian setakat semalam berada di tangga ke-23 dunia.

Thailand dengan  lebih 1.26 juta kes dengan 12,631 kematian di tangga ke-29 dunia. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru