Monday, October 25, 2021

Datu Len tinjau sendiri tapak Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei

Mesti baca

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh turun padang membuat lawatan kerja ke tapak Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei pada Sabtu.

Beliau meninjau kerja-kerja pembinaan rumah wakaf yang telah selesai sepenuhnya dan kini kerja tertumpu dengan menembok dan menurap jalan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut.

Dalam lawatan itu, Datu Len amat berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja di situ dan yakin tanah perkuburan baru itu dapat digunakan menjelang Oktober nanti.

Sejurus itu, beliau melawat Projek Naik Taraf Masjid Al-Mutaqqin yang turut sama sedang rancak dijalankan.

Keseluruhan projek dianggarkan telah mencapai 65 peratus siap meskipun terlewat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 3, kerja-kerja dapat diteruskan dengan kapasiti penuh bagi mencapai sasaran jadual dan tarikh penyiapan projek.

Datu Len cukup prihatin dengan semua projek yang sedang dilaksanakan dan berharap ianya dapat disiapkan mengikut pelan yang telah disediakan. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru