Sunday, September 19, 2021

Wanita cedera rantai diragut lelaki naiki motosikal

Mesti baca

KUCHING: Seorang wanita cedera pada bahagian leher setelah rantainya diragut oleh seorang suspek menaiki motosikal di Jalan Hui Sing pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.15 malam.

“Mangsa berusia 39 tahun ketika itu sedang berjalan kaki balik ke bilik sewa di kawasan yang sama.

“Ekoran kejadian, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,300,” katanya.

Ashmon berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru