Sunday, September 19, 2021

Rogol, liwat, bunuh  kerani wanita: Reman suspek disambung

Mesti baca

BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes merogol, meliwat dan membunuh kerani wanita di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang minggu lepas disambung reman enam hari lagi hingga 9 September ini.

Menurut Astro Awani, perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Dalam kejadian pada 29 Ogos lepas, seorang kerani wanita berusia 40 tahun dipercayai dirogol dan diliwat dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil di dalam bilik dalam keadaan tidak berbaju di rumahnya di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumahnya pada pukul 2 pagi.

Terdahulu suspek berusia 29 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah sambil diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.45 pagi

Sementara itu,  kata Astro Awani lagi, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern ketika dihubungi berkata, tempoh tahanan reman selama tujuh hari suspek berakhir hari ini.

Bagaimanapun, tahanan reman itu disambung selama enam hari lagi bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru