Sunday, September 19, 2021

Pengantin tagih tetamu tidak hadir majlis persandingan bayar RM997

Mesti baca

JAMAICA: Sepasang pengantin mempunyai cara luar biasa membayar kos majlis perkahwinan mereka.

Mereka dilaporkan menghantar bil bernilai RM997 kepada semua tetamu yang tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.

Invois tersebut di kongsi pengguna Twitter bernama Philip Lewis, penyunting kanan Huffington Post.

Dalam ciapannya Lewis memberitahu: “Ini merupakan kali pertama saya melihat invois majlis persandingan. Majlis itu dianjurkan di Royalton Negril, pusat peranginan di Negril, Jamaica. Alasan invois itu diberikan ialah: “Tiada RSVP, tetamu tidak hadir.”

Invois itu juga mengatakan jumlah kos yang perlu dibayar oleh seorang tetamu ialah AS$120 (RM498) dan untuk pasangan suami isteri ialah AS$240 (RM997).

Menurut Lewis terdapat nota yang disertakan bersama-sama invois itu yang berbunyi: “Invois ini dihantar kepada anda kerana anda mengesahkan tempat duduk pada majlis itu semasa sesi mengira tetamu.”

Menurut New18, jumlah yang diberikan ialah kos untuk satu tempat duduk.

“Memandangkan anda tidak menghubungi kami atau memberi notis awal anda tidak dapat hadir ke majlis tersebut, jumlah terbabit ialah hutang anda kepada kami kerana kami telah membayar tempat duduk anda terlebih dahulu. Anda boleh membayar melalui Zelle atau PayPal. Hubungi kami dan beritahu kami kaedah pembayaran yang sesuai untuk anda. Terima kasih!”

Secara Rawak

Artikel Terbaru