Saturday, October 23, 2021

Penduduk di Selatan Sarawak, jangan langgar  SOP ini

Mesti baca

KUCHING: Garis panduan bagi Zon Selatan  akan terus dikuatkuasakan sehingga 19 September 2021.

Zon Selatan merangkumi Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) antaranya makan di dalam kedai atau “dine-in” masih tidak dibenarkan.

“Selain itu tempoh operasi perniagaan premis makan atau restoran secara “take-out” dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

“Tempoh operasi perniagaan lain dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 8 malam,” katanya.

Kata JPBNS lagi, kumpulan individu juga tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12 malam tanpa alasan yang munasabah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru