Sunday, September 19, 2021

Muafakat Nasional kesal dengan Kerajaan Selangor

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) Negeri Selangor melahirkan rasa kesal dan dukacita  atas tindakan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor yang meneruskan tindakan menyahwartakan tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 536.7 hektar atau bersamaan 1,326.33 ekar tanah.

Ini kata Pengerusi bersama Muafakat Nasional Selangor berlaku walaupun telah berjanji untuk menangguh dan menyemak semula ia di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini sebagaimana dinyatakan  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Hee Loy Sian.

“Untuk rekod penyahwartaan tanah Hutan Paya Gambut ini telah diluluskan dalam mesyuarat MMKN 17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 dan dengan kelulusan itu nyahwarta ini direkodkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada tarikh 12 Ogos 2021 dan terus berkuatkuasa,” kata Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Tan Sri Noh Omar yang juga masing-masingnya Pesuruhjaya Pas Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

“Tindakan mengetepikan protes serta bantahan awam dan suara Ahli-ahli Dewan Negeri kerajaan dan pembangkang yang lantang menolak tindakan ini cukup tidak bertanggungjawab dan mencerminkan betapa kerajaan pimpinan  Datuk Seri Amiruddin Shari selaku Menteri Besar tidak lagi memiliki integriti sebagaimana diikrarkan oleh Manifesto  Pakatan Harapan dulu,” jelasnya.

“MN Negeri Selangor mendesak agar kerajaan negeri akur serta menghormati suara rakyat dan langkah membatalkan penyahwartaan ini perlu dilakukan serta-merta tanpa berdolak-dalik dan bermain politik,” kata kenyataan itu.

Jelas mereka, Kerajaan Negeri Selangor perlulah sentiasa mengamalkan tadbir urus yang baik dan penuh berintegriti demi memberikan kualiti hidup yang baik dan bermakna buat rakyat selain memelihara dan mempertahankan negeri tercinta ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru