Sunday, September 19, 2021

Komen jelek di media sosial tiup api kebencian

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mutakhir ini menyaksikan terdapat kebanjiran akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.

Menurut beliau, kebanyakkan nama samaran mahupun identiti palsu dalam media sosial ini memuat naik komen ‘jelek’ politik bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu dengan agenda yang mudah untuk dirumuskan.

“Ia bertujuan meniup api kebencian dan membina imej buruk kepada individu yang mereka tidak suka atau disasarkan untuk tidak disuka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Gejala yang sangat berbahaya kepada kestabilan politik dan perpaduan anggota masyarakat ini yang sudah berlarutan agak lama sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Perbuatan ini perlu disekat sehabis baik oleh pihak berwajib kerana Malaysia sedang memasuki dimensi politik baharu,” katanya.

Jelas beliau, dimensi politik matang ini terjadi selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Semua pihak perlu bersikap terbuka kepada sebarang kritikan, tetapi tidak kepada tohmahan dan dakyah palsu yang berunsurkan kebencian,” tegasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru