Sunday, September 19, 2021

Hampir 135,000 kematian di Indonesia

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 220.59 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.56 juta manakala yang sembuh lebih 197 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi Sabtu  menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  40.70 juta kes dengan  664,935 kematian

Ini diikuti India dengan lebih 32. 94 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.85 juta kes.

Dari segi kematian, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 440,256 kes.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali dan Indonesia pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan 4,116,890 juta kes jangkitan dan  134,930 kematian.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia 1.80 juta kes  dan  17,521 kematian setakat semalam berada di tangga ke-23 dunia.

Thailand dengan  lebih 1.24 juta kes dengan 12,374 kematian di tangga ke-29 dunia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru