Sunday, September 19, 2021

Anjing tiba-tiba muncul bersiaran langsung bersama-sama pengulas Global News

Mesti baca

KANADA: Netizen media sosial jatuh cinta dengan seekor anjing comel bernama Storm yang tiba-tiba muncul di hadapan kamera semasa siaran berita cuaca yang diadakan secara langsung.

Semuanya bermula ketika Ketua Meteorologi Global News, Anthony Farnell membuat siaran langsung, meramalkan keadaan cuaca di Kanada apabila anjingnya bernama Storm muncul pada sesi penggambaran secara tiba-tiba.

Anjing comel itu mula mencari makanan di sekelilingnya, sementara wartawan itu meneruskan ulasannya.

Storm muncul sepanjang siaran langsung itu, tetapi ia tidak mengganggu tugas Farnell.

Penonton nampaknya tidak terlalu terganggu oleh kehadiran Storm, malah memuji anjing itu yang tidak mengganggu siaran langsung tersebut dan hanya berlari ke sana sini, lapor today.com.

Secara Rawak

Artikel Terbaru