Sunday, July 3, 2022

66.7 peratus populasi dewasa sudah terima dua dos vaksin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,606,818  orang atau 66.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)  20,261,734 individu atau 85.9 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

JKJAV yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan dengan itu menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 35,841,103 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 321,349 dos diberikan semalam dengan 143,831 menerima dos pertama sementara 177,518 merupakan penerima dos kedua.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru