Monday, October 25, 2021

Varian Mu kebal vaksin kini tersebar di 40 negara

Mesti baca

PBB: Varian baru Covid-19, B.1.621 atau dikenali sebagai Mu kini dikenal pasti sudah tersebar di 40 negara lain termasuk Eropah, Amerika Selatan dan Jepun.

WHO merujuk PANGO Lineages pada Selasa bahawa varian Mu menular di Colombia dengan 290 kes awalnya.

Di AS, virus ini mencatat 1,466 kes. Di Mexico, 341, Kanada 43, dan Venezuela 5, Brazil 10, Peru 13, Ekuador 168, Chili 70, Britain 45, Sepanyol 11, Jerman 7, Itali 63, Poland 6, Romania 1, Perancis 11, Turki 2.

Varian Mu turut tersebar di Jepun.

Kini Mu dalam kategori Variant of Interest (VOI) menjadi perhatian WHO yang dikatakan kebal vaksin.

Ketika ini dunia berdepan varian Delta yang dominasi dengan penularannya sangat cepat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru