Monday, October 25, 2021

Lapan kluster baharu di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) Sarawak mengisytiharkan sebanyak lapan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif secara keseluruhan menjadi 19 kluster.

“Kluster baharu diisytiharkan iaitu kluster Sepom Serian, kluster Maxbi Libai Subis, kluster Kampung Dangak Kuching, kluster Jalan Usaha Jaya Dua Kuching, kluster Industri Jalan Semeba Kuching.

“Selain itu kluster Kampung Panggil, kluster Jalan Bintulu-Bakun Bintulu dan kluster Galaxy Bintulu,” katanya dalam kenyataan media Khamis.

Sementara itu katanya, dua kluster iaitu kluster Sri Aman dan kluster Kampung Semban Kuching diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu dilaporkan atau dikesan dalam tempoh 28 hari lalu terhadap dua kluster tersebut.

Dalam perkembangan lain jelasnya, daerah Mabong hari ini bertukar status dari kuning kepada merah setelah merekodkan sebanyak 58 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Sekali gus mencatat sebanyak 31 daerah berstatus merah, tiga berstatus jingga, lima (kuning) dan satu zon hijau,” tambahnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru