Tuesday, September 21, 2021

Biasiswa perubatan Yayasan Sarawak inisiatif terawal Abang Johari

Mesti baca

KERAJAAN Sarawak menerusi Yayasan Sarawak membiayai 40 pelajar perubatan setiap tahun yang mengikuti pengajian di Unimas sejak 2017.

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga memberi biasiswa khas program perubatan kepada pelajar bidang perubatan dengan harapan meningkatkan bilangan doktor perubatan di Sarawak.

Selain itu, inisiatif tersebut merupakan salah satu inisiatif terawal yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika beliau mengambil alih kepemimpinan Kerajaan Sarawak dan pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak.

Inisiatif Jawatan Kabinet Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2017 meluluskan program khas untuk melatih pelajar Sarawak yang berkelayakan di Fakulti Perubatan Unimas bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di Sarawak.

Oleh itu, jawatankuasa tersebut memutuskan memperkenal program khas untuk melahirkan lebih ramai graduan perubatan selain pengambilan pelajar perubatan biasa oleh Kerajaan Persekutuan.

Dengan kata lain, Kerajaan Sarawak berjanji memberi biasiswa untuk bidang perubatan.

Berdasarkan Statistik Jabatan Kesihatan Negeri, nisbah doktor di Sarawak ialah 1:2000 pada 2010.

Menjelang 2015, nisbah tersebut meningkat kepada 1:1104, manakala berkurang kepada 1:1086 pada 2020.

Sasaran Kerajaan Sarawak pada 2019 ialah satu doktor untuk 400 penduduk, namun masih belum memuaskan kerana Sarawak merupakan negeri terbesar serta keperluan rawatan perubatan sangat diperlukan terutama kawasan luar bandar.

Melihat nisbah yang besar ini, Kerajaan Sarawak memutuskan memberi biasiswa kepada pelajar yang layak sesuai dengan fokus kerajaan terhadap peningkatan kemampuan manusia.

Sarawak khususnya, mengalami kekurangan doktor dan kebanyakan mereka dihantar ke Sarawak secara tidak tetap cenderung pulang ke rumah setelah menetap sebentar.

Kebanyakan mereka berkhidmat di hospital di bandar dan sememangnya populasi doktor di Sarawak masih di bawah purata mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kerajaan Sarawak juga memutuskan Yayasan Sarawak melaksanakan ‘Intervensi Kesihatan Negeri’ di bawah KRA 4: ‘Kualiti Pendidikan dan Modal Insan’ yang menyaksikan 40 pelajar dilatih setiap tahun dalam jangka masa lima tahun.

Menerusi kenyataan pada 2017, jumlah 3,282 doktor berkhidmat di Sarawak pada kadar 70 peratus merupakan rakyat Sarawak.

Dengan jangkaan populasi tiga juta menjelang 2020, Sarawak memerlukan 7,282 doktor agar setaraf dengan nisbah nasional.

Kohort pertama menerima biasiswa mereka dalam majlis penyampaian khas di Wisma Bapa Malaysia pada 18 September 2017 yang disampaikan oleh Abang Johari.

Ini merupakan peristiwa bersejarah apabila Kerajaan Sarawak memberikan 40 biasiswa sekali gus. Abang Johari berkata, 40 biasiswa bernilai RM4 juta setahun dan Kerajaan Sarawak terus memberikan jumlah yang sama setiap tahun kepada pelajar Sarawak yang layak melanjutkan dalam bidang perubatan di Unimas.

Kohort Pertama

Kohort pertama terdiri daripada 40 pelajar mendapat biasiswa pada 2017 pada tahun akhir mereka pada 2021, dan menjelang 2027, lima kohort berikutnya, program ini diharap dapat menghasilkan 200 doktor perubatan berkhidmat di Sarawak.

Pelajar di bawah biasiswa ini terikat bekerja di Sarawak dalam tempoh minimum 10 tahun selepas menamatkan pengajian.

Kerajaan Sarwak memberi penekanan pada kajian perubatan dan berharap dapat menghasilkan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang perubatan.

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga terus berusaha meningkatkan perkhidmatan lain untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat dengan mengadakan kursus baharu kepada pelajar yang dapat memainkan peranan dalam program transformasi negeri.

Sarawak juga memberi fokus kepada ekonomi digital, pengamal perubatan juga sudah menggunakan alat baharu seperti analisis data untuk mendiagnosis penyakit.

Kesemua doktor sekarang dapat memperoleh maklumat daripada data utama, mendiagonis penyakit serta melakukan cara yang betul untuk menyelesaikan masalah perubatan.

Yayasan Sarawak yang diamanahkan oleh Kerajaan Sarawak membantu dalam menurunkan nisbah doktor dengan penduduk.

Oleh itu, sudah menjadi kewajipan dalam memastikan jumlah doktor perubatan meningkat dari semasa ke semasa dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar Sarawak mengikuti jurusan perubatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru