Thursday, September 23, 2021

Delta rencatkan ekonomi dan perkilangan China

Mesti baca

BEIJING: Aktiviti pembuatan di kilang China turun 50.4 kepada 50.1 pada Ogos ekoran penguncian untuk mengekang penularan varian Delta Covid-19 pada Ogos.

Meski penurunan kecil, namun ia mencatatkan pertumbuhan terendah China sejak pandemik covid-19 bermula.

Awalnya, ekonomi China bertahan jauh lebih baik berbanding negara lain. Tahun lalu, ekonomi China tumbuh positif ketika banyak negara lain berdepan masalah ekonomi.

Nampaknya penularan varian Delta memaksa Xi Jinping mengambil tindakan menghentikan penularan dengan mengunci wilayah, membatalkan penerbangan serta menangguhkan perniagaan.

Walaupun China berjaya mengekang varian Delta, namun ia memberi kesan kepada ekonomi negara.

China menutup terminal di Pelabuhan Ningbo-Zhoushan, Shanghai beberapa minggu merencatkan sistem penghantaran barangan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru