Saturday, October 23, 2021

Raikan kemerdekaan dengan semangat kuatkan kembali Malaysia

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru semua meraikan sambutan hari kemerdekaan ke-64 dengan semangat untuk kembali kuatkan Malaysia.

Menurut beliau, semenjak dua tahun kebelakangan ini, momen istimewa saat keraian sebuah kemerdekaan telah hilang untuk dinikmati dan Malaysia terperuk dalam kancah pandemik, politik dan kemelesetan ekonomi yang meruncing.

“Hari ini adalah hari istimewa untuk kita semua. Hari kita meraikan kelahiran Malaysia sebagai sebuah tanah air lebih enam dekad dulu. Hari kita bebas mengemudi tanah hitam, tanah merah ini tanpa belenggu sesiapa jua,” katanya sempena hari Kebangsaan di Facebooknya.

“Lalu sempena kehadiran hari istimewa ini sekali lagi, maka mari kita bangkit dan merdekakan semula Malaysia dari segala bentuk kesusutan dan kemerosotan.

“Kita kembali kuatkan Malaysia. Kita kembali bangunkan negara unggul dan terbaik. ‘Build Stronger Malaysia, Make Nation Better’ mesti mejadi iltizam dan cita-cita baru kita. Watan kita adalah tanggungjawab kita, bukan hanya tanggungjawab pemerintah,” katanya.

Maka tegasnya, bagaimana watan ini akan kuat dan jadikan utuh adalah perjuangan dalam berbangsa dan bernegara.

“Selamat Hari Kemerdekaan wahai jantung hati kami Malaysia. Semoga jadilah engkau negara yang mendapat limpah rahmat dan pengampunan berterusan illahi,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru