Thursday, September 23, 2021

Mayat terjatuh dari van yang dicuri lelaki semasa dikejar polis

Mesti baca

GEORGIA: Mayat tergolek keluar dari van jenazah yang dibawa lari lelaki dari tempat pembakaran mayat.

Kijon Griffin, 23, melari diri dari dikejar polis ekoran itu dia membawa lari van tersebut yang ketika itu diparkir di hadapan rumah mayat dengan pintu belakangnya terbuka.

Menurut Jabatan Polis Conyers, mayat tersebut yang diletakkan di atas tandu bergolek keluar di kawasan parkir.

Pekerja pusat tersebut mengangkat mayat tersebut memasuki bangunan pusat pembakaran.

Griffin bagaimanapun masih diburu pihak berkuasa selepas dia berjaya melarikan diri dari van terbabit.

Van malang itu pula rosak teruk selepas mengalami pelbagai kemalangan semasa insiden mengejar suspek dan tayarnya juga meletup, lapor Fox News.

Secara Rawak

Artikel Terbaru