Thursday, September 23, 2021

Kipas siling jatuh semasa keluarga makan malam

Mesti baca

VIETNAM: Sebuah video yang dimuat naik di YouTube oleh ViralHog baru-baru ini menyebabkan netizen berasa ngeri melihatnya.

Video itu menunjukkan sebuah keluarga menikmati makan malam apabila kipas di siling tiba-tiba jatuh dan hampir mengenai anak kecil yang duduk di sebelah bapanya.

Ibu kanak-kanak itu segera memeluk anak kecilnya, sementara anak-anaknya yang lain terpinga-pinga.

Insiden ini berlaku di Bac Ninh, Vietnam dan mujur tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian terbabit, lapor Arynews.

Secara Rawak

Artikel Terbaru