Thursday, December 9, 2021

Dewan Tertinggi BN sokong  gagasan Keluarga Malaysia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi BN telah bersetuju menyokong penuh pentadbiran  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Barisan Nasional akan menyokong segala kerjasama rentas parti yang bertujuan untuk mengatasi masalah pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

BN mengambil ketetapan berikutan hasil keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang telah mengadakan mesyuaratnya pada 27 Ogos lalu.

Dewan itu juga menyokong mana-mana cadangan untuk menambah baik pakej-pakej bantuan yang telah diumumkan kepada rakyat sebelum ini haruslah diambil serius dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

“Menyokong terma Keluarga Malaysia digunakan secara meluas bagi menggambarkan pentadbiran secara inklusif dan memupuk persefahaman masyarakat yang berbilang budaya dan agama serta wilayah,” katanya lagi.

Ia juga mencadangkan satu Suruhanjaya DiRaja segera diwujudkan bagi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh Tommy Thomas berkenaan dengan campur tangan politik dalam Institusi Peguam, Kehakiman dan Keselamatan negara.

“Dalam keadaan negara yang sedang bergelut untuk mengatasi masalah Covid-19, krisis ekonomi, masalah pengangguran, kekangan kewangan rakyat, Barisan Nasional akan memainkan peranan yang lebih instruktif bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah berorientasikan rakyat,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru