Sunday, September 19, 2021

Tikam bapa kandung, lelaki muda di Selalang ditahan polis

Mesti baca

SARIKEI:  Seorang lelaki ditahan Polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian menikam bapa kandung dengan pisau di Selalang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  dalam insiden kira-kira pukul 10 malam itu, suspek dipercayai bertengkar sebelum bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.

Akibat kejadian katanya, mangsa yang berusia 53 tahun mengalami kecederaan di bawah bahu kiri belakang badan.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian pada  jam 1.10 pagi sebelum bertindak menahan suspek,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru