Thursday, September 23, 2021

Sejarawan: Jangan sampai sejarah lama berulang

Mesti baca

KUCHING: Sejarawan terkemuka Dr Suffian Mansor berkata sebuah negara yang bersatu padu serta mempunyai keharmonian hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, merupakan perkara paling penting kepada negara ini.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, kesamarataan, kekayaan dan kemakmuran masyarakat juga perlu diwujudkan.

“Kita tidak mahu sesiapa pun terlepas daripada kemakmuran yang dibina walaupun terdapat perbezaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

“Justeru, kita mesti ada inisiatif untuk menangani isu-isu tertentu yang dihadapi agar masalah dapat diselesaikan dengan baik dan profesional,” kata pensyarah yang berasal dari Sarawak itu.

Hal ini, menurut beliau adalah kerana negara kita memiliki kepelbagaian dari segi kaum dan agama, justeru kita perlu bijak menanganinya.

“Kesimpulannya, kita mesti ada satu tekad untuk memajukan negara menggunakan acuan kita sendiri,” katanya.

Mengenai peranan sejarah, beliau berkata, peristiwa silam dapat membantu rakyat memahami negara, masyarakat dan budaya kerana ia akan memberi naratif yang baik untuk pembangunan dari pelbagai segi.

“Pada masa sama kita tidak mahu sejarah lama beurlang kerana ia hanya akan merosakkan sesebuah negara,” tegasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru