Sunday, September 19, 2021

Sarawak perlu lebih banyak tenaga kerja mahir

Mesti baca

MUKAH: Ketua Menteri menjelaskan Sarawak memerlukan lebih banyak tenaga kerja yang mahir dan cekap bagi memenuhi keperluan industri di negeri ini.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, siswazah perlu mahir dalam teori dan kemahiran yang diajar di institusi masing-masing bagi membolehkan mereka relevan dalam pasaran kerja.

“Yang berlaku ialah kita mempunyai siswazah tetapi kemahiran mereka tidak sampai ke tahap yang dikehendaki industri. Itulah sebabnya kita mempunyai siswazah yang menganggur,” katanya dalam satu majlis di sini,  semalam.

Sementara itu, Abang Johari mahu mahu Centexs memainkan peranan sebagai pusat latihan yang dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan negeri ini pada masa depan.

Beliau mengakui bahawa kampus Centexs di sini adalah antara kampus terbaik yang akan turut dibuka kepada pelajar antarabangsa.

Jelas beliau, apabila Sarawak sudah mencapai status negeri maju pada 2030, ia dapat menjadi pusat rujukan untuk pihak lain.

“Itulah sebabnya kita  melabur untuk pusat latihan kerana kita juga mahu pihak luar datang ke sini, dan seterusnya memberi manfaat kepada kita,” jelasnya.

Kata Ketua Menteri, Centexs Mukah memberi tumpuan kepada pertanian pintar dan moden.

“Di Mukah, kita mahu mengembangkan industri rumbia, minyak sawit dan nipah,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru