Thursday, September 23, 2021

Rompak kedai guna pemetik api

Mesti baca

TOKYO: Seorang lelaki menjadi perbualan penduduk Sapporo apabila cuba melakukan rompakan dengan cara agak luar biasa.

Tomoharu Nakamura, 41, ditangkap dengan pelbagai tuduhan selain cubaan merompak menggunakan pemetik api.

Insiden ini berlaku di sebuah kedai serbaguna di Kiyota Ward.

Nakamura memasuki kedai itu, memasang pemetik api tersebut dan mengacunya kepada pengurus, sambil berkata: “Bawa keluar wang atau saya akan bakar anda!”

Pengurus itu bagaimanapun tidak gentar dengan ugutannya dan terus berlari masuk ke bilik belakang dan menghubungi polis.

Memandangkan dia datang pada tengah hari, kedai itu juga mempunyai pelanggan ketika insiden tersebut berlaku dan mereka juga bertindak melarikan diri dari kedai tersebut.

Selepas polis tiba di lokasi, Nakamura mengacukan pemetik api itu ke arah mereka pula, namun mereka berjaya merampas pemetik api itu.

Menurut SoraNews24, ketika disoal siasat Nakamura dilaporkan mengaku cuba merompak kedai itu dan dia kini menghadapi tuduhan menyerang anggota polis, menghalang polis, dan kemungkinan merosakkan harta benda ketika dinding kedai itu ditumbuknya bertubi-tubi sepanjang kejadian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru