Thursday, September 23, 2021

Kabinet ini tidak sempurna, tetapi ini terbaik untuk ketika ini

Mesti baca

KUCHING: Pemuda Pas berpendapat tidak sewajarnya serangan dan tohmahan seperti kerajaan kitar semula  dilemparkan tatkala kerajaan hari ini baru seminggu memerintah.

Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidaklah nafikan, banyak muka lama ditampilkan semula, namun menyedari situasi dan kedudukan Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini, perlulah disedari bahawa tidak banyak perubahan yang boleh dibuat dalam hasrat bagi memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

“Pembangkang sering melaungkan perpaduan dan hentikan sebarang permainan politik, namun dalam masa yang sama mereka yang bermain politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mereka menyatakan sokongan dan perpaduan semasa berjumpa Perdana Menteri, tetapi kembali menyerang Perdana Menteri apabila calon ‘kesukaan’ mereka tidak dibariskan dalam barisan kabinet.

“Sewajarnya pembangkang memberikan ruang kepada kerajaan hari ini membuktikan kemampuan mereka. YAB Perdana Menteri telah berjanji untuk membuktikan kemampuan dalam 100 hari awal pentadbiran. Beri-kan masa untuk kerajaan, bukan terus menghentam seawal pembentukan Kabinet. Tindakan menghentam secara pramatang ini amat tidak profesional,” katanya.

Ujar beliau, jika kerajaan hari ini ialah kerajaan kitar semula, mungkin Pakatan Harapan juga boleh bermuhasabah kerana memiliki calon Perdana Menteri ‘recycle‘ sejak lama.

“Lebih baik mereka bermuhasabah berhubung calon Perdana Menteri mereka berbanding bercerita mengenai kerajaan. Kita akui, kabinet ini mungkin tidak sempurna, namun itulah yang terbaik buat masa sekarang,’ katanya lagi.

Kabinet Ismail Sabri banyak dikritik kerana mempunyai saiz yang besar dan kebanyakan anggotanya adalah daripada kabinet  sebelumnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru