Thursday, September 23, 2021

Indonesia di tangga ke-13, lebih 131,000 kematian

Mesti baca

JAKARTA: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 216.70 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.50 juta manakala yang sembuh lebih 193 juta.

Data terbaharu Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.61 juta kes dengan lebih 654,000 kematian.

Iji termasuk 72,785 kes jangkitan baharu dan 648 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 32.69 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.72 juta kes.

Dari segi kematian, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 437,860 kes, termasuk 457 kematian terbaharu.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali dan Indonesia pula mencatat melebihi empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan lebih 4.06 juta kes jangkitan dan lebih 131,000 kematian.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.93 juta kes jangkitan, sementara Malaysia 1.68 juta kes dan Thailand dengan 1.15 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru