Thursday, September 23, 2021

Bagaimanakah sikap Presiden Umno selepas ini?

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ramai tertanya-tanya apakah sikap dan pendekatan Presiden Umno selepas ini? Sikap dan pendekatan terhadap isu-isu kepentingan rakyat dan negara selepas kerajaan bertukar?

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tiada apa yang akan berubah dan tiada apa yang akan berkurangan.

“Kepentingan rakyat dan negara tetap jadi keutamaan walau dalam apa jua keadaan.

“Terus memantau, memberi pandangan dan nasihat, idea, cadangan serta teguran yang sewajarnya,’ katanya dalam satu perkongsian di Facebook

“Tujuannya dengan hasrat membantu kerajaan baharu membendung penularan wabak COVID-19. Serta memacu kembali ekonomi negara yang terkesan teruk sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Begitu juga kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengenai kebajikan rakyat yang wajib diberi perhatian serius.

“Lagipun ini selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak bekerjasama memulihkan negara.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno juga telah menetapkan panduan untuk kerajaan baharu,” katanya.

Menurut beliau  lagi, parti menaruh kepercayaan tinggi kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersikap terbuka.

“Insya-Allah UMNO dan Presidennya tetap bersama rakyat demi Raja demi Negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru