Thursday, September 23, 2021

Tujuh tugas terpenting kabinet baharu

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat berkhidmat kepada ahli kabinet baharu kerajaan Malaysia  susulan pembentukan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan senarai anggota kabinet baharu sebentar lagi.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian, tugas terpenting anggota kabinet ini ialah menangi perang lawan Covid-19 dengan segera.

“Kes tertinggi semalam sangat merunsingkan semua rakyat, maka pantaskan vaksinasi, jika perlu bukan sekadar 80 peratus penduduk malahan boleh hingga 90 peratus dan lebih,” katanya.

Tegasnya lagi, anggota kabinet perlu hebatkan usaha untuk:

  1. Perangi Covid-19 hingga menang
  2. Baiki ekonomi rakyat
  3. Bina ‘Keluarga Malaysia’
  4. Pulihkan negara ini
  5. Seimbang jasmani dan rohani
  6. Elak melakukan kemungkaran
  7. Sentiasa melaksanakan kebaikan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu pesanan ringkassemalam  berkata pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh perdana menteri dibuat pada pukul 11 pagi manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pada pukul 2.30 petang Isnin, 30 Ogos.

Secara Rawak

Artikel Terbaru