Thursday, September 23, 2021

Penunggang motosikal enggan lepaskan motosikal yang diparkir di kawasan salah

Mesti baca

PUNE: Sebuah video yang menunjukkan penunggang motosikal diangkat menggunakan kereta tunda.

Insiden berlaku di Pune, India dan menurut Indiatimes.com, polis menerima aduan kehadiran motosikal yang diparkir di tempat yang tidak dibenarkan.

Apabila pihak polis tiba di lokasi dan hendak menunda motosikal tersebut, pemiliknya tiba-tiba muncul dan naik di atas motosikal itu.

“Dia juga enggan turun dari motosikal itu apabila diminta berbuat demikian oleh pihak polis,” menurut Rahul Shriram Timbalan Pesuruhjaya Polis Trafik (DCP).

Lelaki itu bagaimanapun memohon maaf atas perbuatannya dan membayar denda akibat kesalahannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru