Thursday, September 23, 2021

Pelantikan semula, amanah besar, kata Fadillah

Mesti baca

KUCHING: Pelantikan semula sebagai Menteri Kanan Kerja Raya adalah amanah dan tanggungjawab besar demi rakyat serta negara, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, beliau sedar dan insaf ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, serta keadaan ekonomi yang sangat mencabar rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini.

“Seperti yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kabinet ini adalah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama-sama dengan rakyat yang perlu bertindak pantas dan bersepadu.

“Fokus kita sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik, menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara, demi kelangsungan ekonomi serta kehidupan rakyat,” katanya menerusi kenyataan. hari ini.

Justeru, beliau menambah semua pihak, ahli politik tanpa mengira parti dan seluruh lapisan masyarakat, perlu bersama-sama memainkan peranan membantu menjayakan usaha ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru