Thursday, September 23, 2021

Isu duri dalam daging selepas pembentukan Malaysia 58 tahun lalu

Mesti baca

KUCHING: Isu berkaitan dengan Perjanjian Malaysia, peminggiran masyarakat peribumi, model politik dominan Malaya, campur tangan persekutuan dalam politik negeri, dan jurang pembangunan merupakan isu duri dalam daging selepas pembentukan Malaysi9a 58 tahun lalu, menurut Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Prof Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, defisit sosial yang mencetuskan perasaan tidak puas hati perlu ditangani dengan berkesan.

Pengurusan defisit sosial ialah asas penyatupaduan wilayah Sabah, Sarawak dengan Semenanjung dan rakyat pelbagai kaum  di negara ini.

Jelasnya,pelaksanaan usaha penyatupaduan memerlukan pembinaan tapak integrasi untuk setiap defisit sosial dan pelbagai isu yang terkandung dalamnya, tergantung pada keadaan empirikal.

“Tapak integrasi ialah suatu ruang abstrak dan fizikal yang menemukan pelbagai pihak berkepentingan bersama mencari penyelesaian,” katanya.

Prof Shamsul yang juga penasihat Perpaduan, Kementerian Perpaduan Negara Malaysia berkata demikian dalam pembentangan untuk Webinar bertajk Sejarah Penubuhan Malaysia: Satu Sorotan”, semalam.

Bagi beliau, tiga prinsip membina tapak integrasi ialah tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

“Di Malaysia, perpaduan diidamkan selama ini, masih belum tercapai. Yang wujud sebenarnya ialah kesepaduan,” jelas beliau.

Katanya, kesepaduan terjelma melalui keadaan aman, politik stabil, ekonomi makmur dan kesejahteraan kerana rakyat bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Ruang untuk tidak bersetuju menyebabkan penyelesaian beberapa masalah utama tertangguh dan dipertikaikan,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru