Thursday, September 23, 2021

Empat juta  warga Indonesia dijangkiti, lebih 130,000 maut

Mesti baca

JAKARTA: Indonesia berada di tangga ke-13 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 setelah merekodkan 4,043,736 kes sehingga hari ini.

Ini termasuk 16,899 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Negara 270 juta jiwa itu terburuk di Asia Tenggara dari segi ancaman Covid-19.

Menurut angka Worldometers, jumlah keseluruhan kematian ialah 130,182 kes termasuk 889  kematian semalam.

Jumlah keseluruhan yang dijangkiti di seluruh dunia setakat pagi ini ialah lebih 215 juta, manakala jumlah kematian lebih daripada 4.48 juta.

 

Filipina negara kedua terburuk di Asia Tenggara dengan lebih 1.89  juta kes jangkitan dan 32, 728 kes termasuk 236 kes dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus meletakkan negara itu di tangga ke-21 dunia.

Ini diikuti Malaysia di tangga ke-24, naik satu tangga berbanding semalam, dengan 1,640,843 ke jangkitan dan 15,211 kematian, termasuk 393 semalam, rekod harian tertinggi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru