Thursday, September 23, 2021

Berapa orangkah dari Sarawak dilantik ke dalam kabinet Ismail Sabri?

Mesti baca

KUCHING: Seluruh negara menunggu dengan penuh teruja bagaimana corak kabinet baharu di bawah pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob?

Beliau dijangka  mengumumkan senarai Kabinet baharu pada jam 11.00 pagi ini.

Persoalannya, adakah kabinet itu lebih kecil daripada kabinet terdahulu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Adakah akan dilantik Timbalan Perdana Menteri atau akan dikosongkan seperti diamalkan oleh Muhyiddin?

Adakah kementerian akan dicantumkan demi keberkesanannya?

Berapa orangkah ahli parlimen dari Sarawak akan dilantik ke dalam kabinet itu dan ke jawatan apa?

Adakah muka baharu dari Sarawak?

Ya, rakyat menuntut kabinet yang lebih kecil, cergas, penuh integriti, efisien dan dapat menangani isu dan masalah rakyat dan negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan anggota Kabinet itu akan mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang, Isnin ini.

Pada jam 11.00 pagi semalam, Ismai Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet.

Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos lalu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru