Thursday, September 23, 2021

Akui ciapan bodoh di Twitter

Mesti baca

FLORIDA: Pada 8 Ogos 2021, Steven James Jordan, 31, membuka akaun Twitternya dan dalam masa tiga jam telah menciap 186 status.

Pada 9 Ogos dan seterusnya pada 12 Ogos, laporan dari Undang-undang dan Jenayah memberitahu Jordan ditahan di penjara Pinellas County (Florida) kerana mengeluarkan ciapan ugutan.

Jurucakap pejabat Sheriff Florida, Timbalan Amanda Sinni memberitahu Jordan menyasarkan syarikat Activision Games berkaitan permainan permainan video dan memberitahu dia merancang meletupkan kediaman milik beberapa pegawai ekskutif Disney dan turut memasukkan nama syarikat itu dalam beberapa ciapannya.

Jordan mengaku menulis ciapan “bodoh” dalam Twitternya dan tidak mahu ditahan.

Menurut Weird News, sebelum ini dia juga pernah ditahan kerana mengancam akan melepaskan tembakan di sebuah rumah di Masonic, Clearwater, Florida.

Secara Rawak

Artikel Terbaru