Friday, October 22, 2021

Prof Ulung: Pengurusan defisit sosial asas penyatupaduan Malaysia

Mesti baca

KUCHING: Pengurusan defisit sosial ialah asas penyatupaduan wilayah Sabah, Sarawak dengan Semenanjung dan rakyat pelbagai kaum  di negara ini.

Menurut Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin,pelaksanaan usaha penyatupaduan memerlukan pembinaan tapak integrasi untuk setiap defisit sosial dan pelbagai isu yang terkandung dalamnya, tergantung pada keadaan empirikal.

“Tapak integrasi ialah suatu ruang abstrak dan fizikal yang menemukan pelbagai pihak berkepentingan bersama mencari penyelesaian,” katanya.

Prof Shamsul yang juga penasihat Perpaduan, Kementerian Perpaduan Negara Malaysia berkata demikian dalam pembentangan untuk Webinar bertajk Sejarah Penubuhan Malaysia: Satu Sorotan”, hari ini.

Bagi beliau, tiga prinsip membina tapak integrasi ialah tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

Beliau berkata, defisit sosial yang mencetuskan perasaan tidak puas hati perlu ditangani dengan berkesan.

Antaranya ialah isu berkaitan dengan Perjanjian Malaysia, peminggiran masyarakat peribumi, model politik dominan Malaya, campur tangan persekutuan dalam politik negeri, dan jurang pembangunan.

“Di Malaysia, perpaduan diidamkan selama ini, masih belum tercapai. Yang wujud sebenarnya ialah kesepaduan,” jelas beliau.

Katanya, kesepaduan terjelma melalui keadaan aman, politik stabil, ekonomi makmur dan kesejahteraan kerana rakyat bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Ruang untuk tidak bersetuju menyebabkan penyelesaian beberapa masalah utama tertangguh dan dipertikaikan,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru