Thursday, September 23, 2021

Kerjasama rentas parti, pembangunan positif politik negara, kata Chong Chieng Jen

Mesti baca

KUCHING: Pembangunan politik yang positif dalam negara.

Itulah  kesimpulan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen   mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan  tiga pemimpin tertinggi PH  semalam.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu telah mengadakan perjumpaan di Putrajaya, semalam.

Kata Ahli Parlimen Stampin itu, pertemuan itu akan menjadi langkah pertama untuk mengubah daripada dominasi pentadbiran kepada kerjasama dan muafakat kedua-dua pihak.

“Perubahan ini  tidak mungkin berlaku jika terdapat parti dominan atau bilangan wakil yang begitu berat sebelah antara gabungan pemerintah dengan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

“Oleh itu,  penting bagi kerajaan untuk segera mengemukakan usul  mengukuh reformasi institusi dan dasar pemulihan ekonomi seperti dicadangkan PH<” katanya lagi.

Ini menurut Chieng  Jen adalah bagi mengembalikan keyakinan  rakyat terhadap sistem politik negara dan menyelamatkan nyawa serta ekonomi dalam pandemik Covid-19.

“Bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem politik kita, kerajaan hendaklah menggubal undang-undang antilompat parti  bagi mengekang semua aktiviti melompat parti pada masa akan datang,” kata Pengerusi DAP Sarawak

“Hanya apabila pengundi dijamin bahawa calon yang  menang tidak akan melompat, mereka akan yakin dalam sistem pemilihan dan terdapat keinginan untuk mengundi,” katanya.

“Ini termasuk pelaksanaan segera Undi 18 bagi mengiktiraf peranan orang muda dalam demokrasi kita,” katanya.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru