Tuesday, November 29, 2022

Dua ejen judi dalam talian dicekup di Matang

Secara Rawak

PADAWAN: Dua lelaki diberkas polis setelah disyaki menjadi ejen judi dalam talian di dua premis berasingan di Matang Jaya, semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 22 dan 42 tahun mengaku bekerja sebagai penjual dalam talian, dipercayai untuk dibekalkan kepada pelanggan di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan dilakukan hasil serbuan Op Dadu oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan.

“Hasil serbuan pertama ke atas premis kafe di Matang Jaya sekitar jam 3 petang menahan seorang suspek berstatus bujang disyaki sedang giat menjalankan kegiatan penjualan judi dalam talian.

“Pasukan operasi turut merampas seunit telefon bimbit jenama Oppo beserta empat keping wang tunai berjumlah RM200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang lagi suspek ditahan sekitar jam 3.30 petang di sebuah premis kedai lokasi sama.

Jelas Aidil, hasil penahanan suspek turut merampas seunit telefon bimbit jenama Vivo dan enam keping wang tunai berjumlah Rm150.

Dedahnya, salah seorang suspek pernah ditahan di bawah kesalahan sama sebelum ini.

Ujar beliau, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru