Friday, October 7, 2022

170 keluarga di DUN Opar dapat bantuan makanan

Secara Rawak

LUNDU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar telah mengedarkan 170 pek bakul makanan kepada 170 keluarga dari 31 kampung yang diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di seluruh kawasan DUN Opar pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi SUPP N1 Opar, Kr. Niponi Undek kepada Ketua Kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, Kampung Opar mencatatkan keluarga yang dikuarantin kendiri iaitu sebanyak 30 keluarga.

Dalam pada itu, Niponi juga turut menasihati Ketua Kaum untuk terus menyampaikan maklumat kepada penduduk kampung agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga jarak, sentiasa mencuci tangan serta menggunakan pelitup muka.

Beliau turut menyeru agar mana-mana penduduk yang masih belum divaksin untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin yang terdekat bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru