Sunday, September 19, 2021

Segera bentang dan luluskan RUU Gangguan Seksual – Wanita Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Persatuan Wanita untuk Wanita Sarawak (PWWS) memohon Kerajaan Persekutuan yang baharu untuk mempercepatkan pembentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual serta meluluskannya pada tahun ini.

Pengarah Advokasi Organisasi Bantuan Wanita (WAO) Yu Ren Chung berkata, akta tersebut perlu bagi membendung gangguan seksual serta ia harus mempunyai definisi yang jelas supaya dapat meluaskan liputan dan akses keadilan kepada mangsa.

“Hasil tinjauan mengenai gangguan siber mendapati bahawa lebih daripada separuh responden mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk gangguan seksual dalam talian pada tahun 2016,” katanya dalam webinar yang dianjurkan oleh PWWS, di sini.

Sementara Ahli Jawatankuasa PWWS merangkap Kaunselor Sekolah Rendah Yvonne Yeo berkata, kanak-kanak lebih berisiko terdedah dengan gangguan seksual siber melalui permainan video di telefon pintar apabila pemangsa menyembunyikan identiti sebenar sehingga mereka berjaya merangkap kanak-kanak tersebut.

“Setakat ini, indeks global Out Of The Shadow Malaysia mendedahkan perlindungan sifar untuk akses internet, malah data dari pihak polis mendapati hampir 20,000 rakyat di negara ini memuat naik pornografi kanak-kanak pada tahun 2019.

“Jumlah ini semakin meningkat 10 peratus pada 2020 berbanding tahun sebelum. Oleh sebab itu, kita mempunyai keperluan mendesak untuk menerapkan undang-undang ganguan seksual yang komprehensif,” tegasnya.

Jelasnya, orang ramai perlu didedahkan dengan undang-undang gangguan seksual supaya mereka sedar akan kesalahan tersebut jika dilaporkan.

Bagi wanita dan kanak-kanak yang bermasalah dengan gangguan seksual siber dan memerlukan sokongan boleh menghubungi SWWS di talian 082-368853.

Secara Rawak

Artikel Terbaru