Sunday, September 19, 2021

Najib: Strategi baharu yang berkesan perlu  untuk tangani masalah

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Mantan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, apa yang rakyat hendak ialah pembaharuan yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau strategi lama dan dasar lama tiada keberhasilan maka perlulah diubah, jadi cari pendekatan dan strategi baharu perlu kerana kalau strategi lama tidak menampakkan ‘result’, maka kalau diteruskan ia tak boleh diharapkan hasil yang baru ataupun peningkatan dari segi keberhasilan,’ katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Ismail Sabri harus diberikan masa sedikit bagi pentadbiran baharu ini akan menggubal strategi yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan termasuklah untuk menangani Covid-19, menguruskan ekonomi dan memupuk semangat kecintaan sesama kita.

Najib yang dipetik portal Umno  menjelaskan bahawa semasa pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau menitikberatkan pencapaian diutamakan.

“Nama kerajaan baharu tidak penting tapi pada saya yang lebih utamakan pencapaian dan ini adalah kerajaan baru iaitu kerajaan Persekutuan yang akan menentukan reaksi rakyat, penilaian rakyat yang pada akhirnya bukan pada nama tetapi pada keberhasilan ataupun hasil,” jelasnya.

“Sebab itulah masa saya mentadbir negara saya mahukan pencapaian diutamakan bermakna kita mesti menunjukkan ‘result’ dan inilah yang rakyat hendak,” kata Najib lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru