Sunday, September 19, 2021

Kes tembak tentera: Polis tunggu laporan penuh bedah siasat

Mesti baca

KUCHING: Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi berhubung kejadian tembak melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Balai Pengawal HANDAU kem TUDM Kota Samarahan 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata bedah siasat ke atas semua mangsa telah dijalankan dan jenazah telah diserahkan kepada waris masing-masing.

“Sampel barang kes meliputi sampel DNA, senjata api dan kelongsong peluru telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Forensik PDRM untuk analisa saintifik.

”Rampasan telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke Forensik PDRM untuk analisa bagi mengenalpasti punca dan motif kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis telah membuka siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Kata Aidi, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya setelah siasatan lengkap dan laporan pakar diperolehi.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga.

Secara Rawak

Artikel Terbaru