Thursday, September 23, 2021

Jawatan TPM: Azmin Ali tak pernah beri ugutan

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI)Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya  tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia  yang juga Setiausaha Politik Mohamed Azmin,  Muhammad Hilman Idham menjelaskan laporan yang disiarkan beberapa portal sebelum ini berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

“Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri, “ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab,.

Azmin  merupakan antara nama yang disebut-sebut dicalonkan sebagai TPM, selain setiausaha agung Bersatu, Datuk Seri hamzah Zainuddin.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  itu meninggalkan  parti itu tahun lalu dan menyertai Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan PN.

Secara Rawak

Artikel Terbaru