Sunday, December 5, 2021

Cuci rambut di atas motosikal sambil tunggu lampu isyarat bertukar hijau

Secara Rawak

NANJING: Video seorang pemuda mencuci rambutnya di atas motosikal, sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, tular di media sosial.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Insiden itu berlaku di sebatang jalan di Nanjing ketika hujan lebat dan tingkah lakunya dirakam pemandu kereta di belakangnya.

Pemuda tidak berbaju itu selamba mencuci rambutnya menggunakan syampu tanpa menghiraukan orang ramai di sekelilingnya.

Sebaik sahaja video itu tular, dia ditahan polis.

Apabila ditanya polis berkaitan situasi tersebut, lelaki itu memberitahu dia melakukannya untuk menghilangkan perasaan marah dan kecewanya apabila hujan tiba-tiba turun ketika dia berenang di kolam awam.

Dia diberi nasihat oleh polis tentang bahaya menunggang motosikal tanpa topi kaledar, dengan rambut dipenuhi syampu.

Dia didenda kerana membahayakan keselamatan orang lain di jalan raya, lapor Global Times.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru