Thursday, September 23, 2021

Akta dana politik mesti lindungi pemberi, penerima

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan yang baharu wajar bentangkan Rang Undang-undang di Parlimen tentang dana politik kerana walaupun dana politik ketika ini dibenar di Malaysia namun masih belum dikawal dengan akta.

Katanya, akta pendanaan politik itu mesti melindungi pemberi dan penerima agar tidak dizalimi oleh musuh politik yang mengguna agensi-agensi tertentu.

“Saya pernah tanya soalan kepada Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat adakah dana politik dikenakan cukai? Jawabnya tidak.

“41 pihak disita dan 80 pihak dikompaun dengan tuduhan mereka terima wang tertentu, namun yang terima tidak tahu asal usul wang dan fikir itu dana politik. Jadi adakah itu adil?” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi semalam atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau pertama kali membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 13 Julai lepas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru